HUKUM IBU BAPA MENGAMBIL DUIT RAYA MILIK ANAK-ANAK

  1. Antara soalan yg popular di group whatsaap ARG ialah apa hukum ibu bapa mengambil duit raya anak-anak.
  2. Hukumnya tidak boleh melainkan terdesak untuk keperluan asas anak-anaknya atau dirinya.
  3. Imam Nawawi dalam Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab:

Imam Syafii, Imam Abu Hanifah, dan Imam Malik berpendapat: Tidak boleh bagi orang tua mengambil harta anaknya kecuali sekadar keperluannya. Hal ini berdasarkan hadis:

Sesungguhnya darah kalian dan harta benda kalian terhadap kalian adalah haram, dst.

المجموع شرح المهذب:

وقال الشافعي رضى الله عنه وأبو حنيفة ومالك: ومالك: ليس للوالد أن يأخذ من مال ولده الا بقدر حاجته، لحديث (ان دماءكم وأموالكم عليكم حرام، الخ.

  1. Dalam Ensiklopedia Fiqh, al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah:

Orang tua mengambil harta benda anaknya:

Jumhur fuqoha berpendapat bahawa orang tua tidak boleh mengambil harta benda anaknya dalam bentuk apa pun, kecuali jika perlu kepadanya.

Ulama Madzhab Hanafi berpendapat: Ketika seorang ayah memerlukan harta anaknya, maka jika dia berada di kota dan orang tua itu memerlukan kerana kefakirannya, maka dia makan dengan sesuatu yang lain. Adapun jika dia di padang sahara dan memerlukannya kerana ketiadaan makanan padanya, maka dia boleh makan dengan nilainya. Ibnu ‘Abidin telah memberikan nas dalam perkara ini.

Ulama Madzhab Hanbali berpendapat bahawa seorang ayah boleh mengambil harta anaknya sesukanya dan memilikinya baik ia perlu hingga mengambilnya atau tidak perlu, baik anak itu masih kecil atau besar dengan 2 syarat:

i. Tidak menghabiskan mahu pun merugikan anak, dan tidak mengambil sesuatu berkaitan dengan keperluannya.

ii. Tidak mengambil dari harta anaknya kemudian memberikannya kepada anaknya yang lain. Imam Ahmad memberikan nas dalam masalah ini menurut riwayat Ismail bin Sa’id.

Yang demikian itu kerana perbuatan itu terlarang sebab termasuk mengistimewakan sebahagian anaknya dengan pemberian dari hartanya sendiri. Maka, dilarang pengistimewaannya dengan mengambil dari harta anaknya yang lain, tentu lebih layak dilarang.

الموسوعة الفقهية الكويتية:

أخذ الأبوين من مال ولدهما:
٤١ – ذهب جمهور الفقهاء إلى أن الوالد لا يأخذ من مال ولده شيئا إلا إذا احتاج إليه.
قال الحنفية: إذا احتاج الأب إلى مال ولده، فإن كانا في المصر واحتاج الوالد لفقره أكل بغير شيء، وإن كانا في المفازة واحتاج إليه لانعدام الطعام معه فله الأكل بالقيمة، نص على ذلك ابن عابدين.
وذهب الحنابلة إلى أن للأب أن يأخذ من مال ولده ما شاء ويتملكه مع حاجة الأب إلى ما يأخذه ومع عدمها، صغيرا كان الولد أو كبيرا بشرطين.

أحدهما: أن لا يجحف بالابن ولا يضر به، ولا يأخذ شيئا تعلقت به حاجته.

الثاني: أن لا يأخذ من مال ولده فيعطيه ولده الآخر. نص عليه أحمد في رواية إسماعيل بن سعيد، وذلك لأنه ممنوع من تخصيص بعض ولده بالعطية من مال نفسه فلأن يمنع من تخصيصه بما أخذ من مال ولده الآخر أولى.
وقد روي أن مسروقا زوج ابنته بصداق عشرة آلاف فأخذها وأنفقها في سبيل الله، وقال للزوج: جهز امرأتك.
ولما روت عائشة رضي الله عنها قالت. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن أطيب ما أكلتم من كسبكم، وإن أولادكم من كسبكم.
وروى جابر بن عبد الله قال: إن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إن لي مالا وعيالا، وإن لأبي مالا وعيالا، وإنه يريد أن يأخذ مالي، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” أنت ومالك لأبيك ” ، ولأن الله تعالى جعل الولد موهوبا لأبيه فقال: ( {ووهبنا له إسحاق ويعقوب} )، وقال: ( {ووهبنا له يحيى} ) ، وقال زكريا: ( {فهب لي من لدنك وليا} ) ، وقال إبراهيم: ( {الحمد لله الذي وهب لي على الكبر إسماعيل وإسحاق} )، وما كان موهوبا له كان له أخذ ماله كعبده.
وفي مسائل الإمام أحمد لابن هانئ قال: سمعت أبا عبد الله يقول: كل شيء يأخذ من مال ولده فيقبضه، فله أن يأكل ويعتق، وسئل أبو عبد الله: يسرق الوالد من مال ولده عليه القطع؟ قال: لا يقال سرق، له أن يأخذ منه ولا يقطع.
وقال أيضا: يأخذ من مال ولده ما شاء لحديث أنت ومالك لأبيك.
وقال أيضا: له أن يأخذ من مال ولده ما شاء، وليس لولده أن يمنعه إذا أراد أن يأخذ. إلا أن يكون بسرف فله أن يعطيه القوت.
وسئل عن المرأة تتصدق من مال ابنها؟ قال: لا تتصدق إلا بإذنه.

Disediakan oleh:

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

www.facebook.com/aswjresearchgroup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *