Home »Menjawab Wahabi »Soalan: Apakah Fatwa Mengenai Fahaman Wahabi Di Malaysia? Soalan: Apakah Fatwa Mengenai Fahaman Wahabi Di Malaysia? Review By: aswj-rg.com Restoran: Menjawab Wahabi

Berikut adalah beberapa kumpulan fatwa, pandangan atau pendirian ulama-ulama yang berautoriti di Malaysia secara tersurat dan tersirat berkenaan kesesatan fahaman wahabi yang sedang menggelisahkan rakyat Malaysia dewasa ini. Dalam artikel ini juga membawa sekali imbas pandangan dari nusantara tentang permasalahan fahaman wahabi. Antaranya adalah:

 

1- Pandangan Mufti Kedah
2- Pandangan Mufti Pahang
3- Pandangan Mufti Negeri Sembilan
4- Pandangan Jabatan Mufti Perak
5- Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan
6- Warta Kerajaan Negeri Johor
7- Majlis Fatwa Kebangsaan
8- Pandangan JAKIM
9- Pandangan Mufti Brunei
10- Pandangan Nahdatul Ulama
11- Pandangan Ahli Akademik

 

Menjadi tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia tentang terdapat terlalu banyak pandangan yang menolak fahaman wahabi ini.

 

 

 

Mufti Kedah

Mufti Kedah turut menyatakan bahaya fahaman wahabi dan menolak fahaman wahabi ini kerana banyak khilaf dari sudut aqidah fiqh.

 

Mufti Pahang

Mufti mengatakan fahaman selain asyairah boleh diambil tindakan, juga baru-baru khutbah negeri pahang menekankan berkenaan masalah wahabi.

 

Mufti Negeri Sembilan

Mufti negeri Sembilan juga menolak fahaman wahabi

 

Jabatan Mufti Perak

 

Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan arahan larangan penyebaran fahaman wahabi

 

Mufti Wilayah Persekutuan

 

Mufti Wilayah Persekutuan telah menulis buku, dan didalam buku tersebut mengkritik aliran salafi kerana sikap mereka yang ghuluw:

 

Warta Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor jelas mewartakan bahawa manhaj akidah yang mesti diikuti adalah asyairah dan maturidiah serta 4 mazhab fiqh muktabar.

 

 

Majlis Fatwa Kebangsaan

Berikut sedikit petikan dari fatwa tersebut: Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

 

Seterusnya boleh baca disini:

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pandangan-mengenai-golongan-wahabi

 

Pandangan JAKIM

Pandangan JAKIM dalam hal ini adalah jelas iaitu:

 

 

Mufti Brunei

mantan mufti brunei ada menulis buku dan didalamnya jelas mengkritik fahaman wahabi

 

 

 

 

Nahdatul Ulama Indonesia

Sudah menjadi perkara yang mutawatir bahawa Nahdatul Ulama Indonesia mengkritik fahaman wahabi dengan keras

 

 

atau boleh lihat koleksi penulisan artikel Nahdatul Ulama Indonesia di situs rasmi mereka terdapat search engine, key in perkataan “wahabi” nanti akan memaparkan link-link dari nahdatul ulama mengkritik wahabi

http://www.aswajanu.com

 

Pandangan Giptis

Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz & Ilmuan Sunni menolak fahaman Wahabi:

 

 

 

 

Prof Syed Naquib Al-Attas

 

Prof Syed Naquib telah menolak fahaman wahabi dan menjelaskan keburukannya dalam karyanya:

 

 

Seterusnya boleh baca disini pernyataan anak murid beliau:

http://www.rausyanfikir.com/2011/08/keseluruhan-penjelasan-ini-dipetik.html

 

Lain-lain Ahli Akademik

Terlalu banyak untuk disenaraikan semuanya tetapi jelas dalam seminar yang dianjurkan oleh muafakat Ahli Akdemik seperti Dr. Uthman Muhammady, Dr. Asmadi dan Dr. Fakhruddin Mukti dan banyak lagi ahli akademik telah berkumpul dan menolak fahaman wahabi.

http://muafakatmalaysia.com/2010/01/09/wacana-pemikiran-dan-pembinaan-ummah-1/

 

Kepada masyarakat awam diingatkan supaya berpegang teguh dengan jumhur ulama dan jangan sesekali terlibat dengan pemikiran yang ganjil seperti fahaman wahabi yang boleh merosakkan akidah dan perpaduan ummah,.

  Soalan: Apakah Fatwa Mengenai Fahaman Wahabi Di Malaysia? | aswj-rg.com | 4.5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *